Monday, 9 December 2019

ISU PONTENG SEKOLAH DI MALAYSIA...


Isu ponteng sekolah...




            Isu ponteng sekolah di negara ini semakin lama semakin meningkat dan mencabar. Melalui keratan akhbar Metro Harian telah mengupas tentang masalah yang berlaku di sekolah-sekolah menengah di negeri Johor. Terdapat jumlah kes ponteng yang diperoleh menerusi ‘eRekod Kaunseling Sekolah-Sekolah Negeri Johor’ sejak Januari hingga Jun lalu sebanyak 3,992 kes. Seterusnya, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminulhuda Hassan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 298 kes ponteng sudah diselesaikan. Hal ini dikatakan demikian kerana beberapa usaha yang telah dilakukan untuk mengurangkan masalah tersebut. Antara usaha yang menyelesaikan isu ponteng itu turut dibantu Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah yang mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid yang bermasalah. Tetapi masalah ini sering mencabar dalam kalangan murid sekolah.

            Masalah ini berpunca daripada pengurusan sekolah yang kurang memuaskan dalam mencegah masalah ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum pengurusan tingkah laku yang tidak memuaskan menyebabkan murid-murid sekolah berani untuk ponteng sekolah. Disiplin sekolah harus diketatkan untuk membanteras kes pontong sekolah. 

          Seterusnya, pengurusan sekolah dan persekitaran. Ibu bapa dan masyarakat harus memgetahui dengan isu-isu atau masalah yang berlaku di kalangan anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa harus memberi lebih perhatian terhadap anak-anaknya. Tetapi zaman sekarang kekurangan kasih sayang dan pemantauan daripada ibu bapa merupakan salah satu punya ponteng sekolah. Ibu bapa melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Mereka juga sentiasa sibuk dengan mencari wang ini menyebabkan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan mereka dan seterusnya terlibat dalam gejala negatif. Sebagai contohnya, murid-murid suka ponteng sekolah dan terlibat dalam gejala nengatif. Oleh itu, ibu bapa harus mengambil perhatian terhadap anak-anaknya.

           Selain itu, pengurusan sekolah yang selamat. Apabila pengurusan tersebut tidak stabil maka isu ponteng sekolah semakin meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah dan kawasan sekolah haruslah selamat dalam mengawasi murid-murid sekolah. Pihak sekolah hendaklah sentiasa memberi perhatian terhadap perubahan perangai murid-murid. 

         Semua pihak harus berganding bahu untuk mengelakkan isu ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid di sekolah. Oleh itu, Pengurusan ini amat penting untuk diterapkan dalam setiap sekolah di Malaysia. Seterusnay, pihak sekolah, ibu bapa dan juga masyarakat harus mengambil berat tentang isu-isu semasa yang berlaku bagi mengelakkan isu tersebut berlaku lagi. Generasi hari ini merupakan pemimpin masa depan.






          
        
Sekian, Terima Kasih.







No comments:

Post a Comment